Friday, August 22, 2008

Salam kenal2...

Salam...

Nama saya Nor Azyyati Aina. Ibu, ayah dan adik Amar panggil saya Kakak. Kawan-kawan saya panggil nama saya Izzati. Cikgu sekolah tabika Kemas saya dulu panggil nama saya Oshin dan kadang-kadang Yati. Saya berumur 6 tahun dan bersekolah di Prasekolah Institut Perguruan Tengku Bainun. Nama cikgu saya ialah Norlia dan Aisyah.

Saya suka makan mee goreng, sambal dan kari. Saya suka masakan ibu. Saya sayang ibu, ayah dan adik Amar. Amar berumur 4 tahun. Saya suka menari dan tengok cerita kartun.

Blog ini ibu saya yang tolong buatkan. Ibu saya membantu saya menaip. Ibu suruh saya tulis diari ini sebagai catatan hari-hari. Terima kasih kerana membaca blog saya.