Friday, September 5, 2008

Topi bendera Malaysia

Salam

Minggu lepas di sekolah kakak, cikgu ajar buat untuk hari Merdeka. Kakak guna sekeping kertas berwarna putih, kad manila, pensel warna, gam dan benang bulu kambing berwarna merah. Ibu ambil gambar kakak pakai topi tu.
^_^

cantik tak topi kakak ?

Thursday, September 4, 2008

Puasa separuh hari...

Salam...

(^_-)

Hari-hari ibu ada gerak kakak bangun makan sahur. Kakak cuma puasa separuh hari. Kakak tak larat nak berpuasa sebab lapar bila tengok amar makan.

Di sini kakak nak kongsi gambar kakak dengan amar masa ayah bawa kami jalan-jalan di Taman Jubli, Sungai Petani 2 bulan lepas. Kakak suka bagi makan ikan-ikan kat situ. Amar pun suka. Ayah belikan kami satu bungkus roti untuk bagi ikan-ikan di dalam kolam kat situ makan.



Gambar kakak dengan amar bagi makan ikan


Ini gambar amar bagi makan rusa


Friday, August 22, 2008

Salam kenal2...

Salam...

Nama saya Nor Azyyati Aina. Ibu, ayah dan adik Amar panggil saya Kakak. Kawan-kawan saya panggil nama saya Izzati. Cikgu sekolah tabika Kemas saya dulu panggil nama saya Oshin dan kadang-kadang Yati. Saya berumur 6 tahun dan bersekolah di Prasekolah Institut Perguruan Tengku Bainun. Nama cikgu saya ialah Norlia dan Aisyah.

Saya suka makan mee goreng, sambal dan kari. Saya suka masakan ibu. Saya sayang ibu, ayah dan adik Amar. Amar berumur 4 tahun. Saya suka menari dan tengok cerita kartun.

Blog ini ibu saya yang tolong buatkan. Ibu saya membantu saya menaip. Ibu suruh saya tulis diari ini sebagai catatan hari-hari. Terima kasih kerana membaca blog saya.